Surah 26:
ASY-SYU’ARAA’ (para penyair),
Surah ini terdiri dari 227
ayat termasuk golongan surah-surah Makkiyyah.
Dinamakan “Asy Syu’araa” (kata jamak dari “Asy Syaair” yang bererti
penyair) diambil dari kata “Asy Syuaraa” yang terdapat pada ayat 224, iaitu
pada bahagian terakhir surah ini, dikala Allah s.w.t. secara khusus menyebutkan
kedudukan peyair-penyair. Para penyair-penyair itu mempunyai sifat-sifat yang
jauh berbeda dengan para Rasul-Rasul; mereka diikuti oleh orang-orang yang
sesat dan mereka suka memutar belik kan lidah dan mereka tidak mempunyai
pendirian, perbuatan mereka tidak sesuai dengan apa yang mereka ucapkan. Sifat-sifat yang demikian tidaklah
sekali-kali terdapat pada Rasul-Rasul.
Oleh kerana demikian tidak patut bila Nabi Muhammad s.a.w. dituduh
sebagai penyair, dan Al-Quran dituduh sebagai syair, Al-Quran adalah wahyu
Allah, bukan buatan manusia.
Sumber;
Khatam terjemahan
ayat-ayat Asy-Syuara (1-227),
.
No comments:
Post a Comment